RSS

Selamat Datang

Man's Place merupakan rumah rehat keluarga di kawasan pedalaman di Kampung Soi, Kuantan.

Ia teretak di kawasan perumahan baru dan rumah tersebut belum pernah didiami untuk jangka masa yang panjang.

Kedudukannya adalah kira-kira 15km dari bandar Kuantan, dan 30km dari tol Gambang.

Kadar Sewa

create your own banner at mybannermaker.com!

Jauh atau Dekat...

Salam..


Dah lama saya tak update blog ni.
Sebab rata2 guest terus call dan direction diberi melalui phone call..


Saya dah adjust salah satu dari peta simple tu..
Dan beri sekali direction dalam tu..
Peta yg satu lagi tu, next time la buat bila berkesempatan..


Diharap korang tengok peta dan baca direction tu sebelum mai..
Sebab ada antara guest yang salah faham dengan kedudukan homestay ni..
Yang dah biasa area Kuantan, memang tak ada masalah..


Pahang adalah negeri paling besar di Semenanjung Malaysia.
Dan orang Pahang dah faham benar jarak antara satu kawasan ke kawasan yang lain.
Luas perkampungan pun lebih besar berbanding negeri kecil yang lain.


Ada antara guest yang tanya, "Jauh tak dari ........."
Saya cuma boleh bagitau, "Kira2 20 minit"
"Jauh ke dekat 20 minit tu." tanya guest lagi..


Sorry, saya tak boleh jawab soalan tu...
Definisi jauh dekat tu sangat subjektif kpd individu...


Ada guest yg anggap 30 minit ke Gambang Waterpark adalah dekat, sebab sebelah malamnya mereka boleh ke Tanjung Lumpur menikmati ikan bakar dan seterusnya ke Teluk Chempedak. Esoknya mereka terus shoot ke Pekan untuk melawat sanak saudara...


Ada guest yang anggap 20 minit ke lapangan terbang tu sangat jauh kerana mereka nak berulang alik untuk membawa mempelai untuk persandingan... Lebih baik menginap di Taman Tas saja.


Ada juga yang rasa menyesal kerana jauh lalu minta dikurangkan sewa sebagai ganti rugi tidak memberitahu secara terperinci jarak dari homestay ini ke tempat yang ingin dituju.


Maaf, harga tidak boleh dikurangkan..
Ada baiknya anda merancang dahulu perjalanan dengan melihat map..
Google Map sudah ditampal di blog ni dan peta simple pun dah lama ada..
Dan kini saya tambahkan penjelasan secara bertulis pejalanan untuk ke sini...
Saya dah buat yang termampu untuk memudahkan perjalananan anda...


Sila luangkan masa memahami corak jalan dan bandingkan dengan lokasi yang ingin anda lawati..


Anda mampu mengubahnya...


Wassalam...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Jo Qusary said...

Owh hohoo... bagus bagus, kebetulan pulak aku memang nak pindah ke Gambang dlm waktu terjauh nie...

Post a Comment

Anggaran Jarak:

* Bandar Kuantan - 15 minit
* Pantai Sepat - 15 minit
* Pantai Teluk Chempedak - 20 minit
* Ikan Bakar Tanjung Lumpur - 10 minit
* KIPSAS - 15 minit
* Bukit Gambang Water Park - 30 minit
* Bandar Pekan - 30 minit
* UMP - 30 minit

Followers